Monday, May 31, 2010

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUNTAHA

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUNTAHA.

AL-Quran itu Penyembuh Segala Penyakit.

Khidmat yang disediakan:
Rawatan Penyakit yang disebabkan gangguan makhluk halus seperti:
  • Saka.
  • Sihir.
  • Histeria.
  • Angin Ahmar/Stroke.
  • Kelenjar Prostat.
  • Sihir Perceraian/Perniagaan.
  • Panas Baran/Bisa-Bisa Dalam Badan.
  • Santau.
  • Susuk.
  • Lemah Semangat.
  • Kanser.
  • Kayap.
  • Pagar Rumah/Kediaman.
  • Batu Karang.
  • DLL.

Tersedia Rawatan Khas Mengubati Penyakit Lumpuh Dan Gout dan Penyakit-Penyakit yang tak dapat dikesan oleh Doktor.

Buat Temujanji Terlebih Dahulu.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
Pusat Rawatan Islam Al-Muntaha.
Ustaz Huda: 016 - 669 2259

Alamat Pusat Rawatan:
AL-MUNTAHA ENTERPRISE.
No. 8A, Jalan Pudu Hulu, Off Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Thursday, May 27, 2010

Seminar Rawatan Islam - TIAF


(klik imej untuk paparan besar)



Topik Rawatan :

Sintom SAKA, Sihir, Gila , Ain, Badi, Kaedah Menangkap Toyol, & Anak Kerak dll

Di Pusat Dagangan Mahkota Kuantan
pada : 26 & 27 Jun 2010 ( 2 hari)

maklumat lanjut sila ke terapi-alfatah.blogspot.com

insyaAllah akan di detailkan

Thursday, May 20, 2010

Disebalik Bala atau Musyibah itu ada Hikmahnya.



* Dari peti email sahabatgua.

Assalamualaikom dan salam perkenalan buat kalian semua.... dikesempatan yang terbatas ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman... begini kisahnya... pada awal usia 30an, saya sakit... penyakitnya tak dapat nak kesan dengan rawatan moden (klinik/hospital), saya kerap demam terutama menjelang senja, demamnya bermula dari sejuk tapak kaki, badan terasa hangat pijau, tidur tak lena, bermimpi yang bukan-bukan (mimpi ngeri saja), selera makan tak ada, cepat nak marah, berat badan nak mula susut, berat untuk beribadah... sehinggalah pada suatu hari (awal tahun 90an), saya berkenalan dan terus berguru dengan seorang alim, A.F Ustaz Mustafa Alaiyin, beliau adalah seorang sufi yang warak, teringat lagi kata-katanya: anta kena berubat.. anta sakit.. sedangkan saya tak pernah cerita tentang derita sakit yang saya alami.. mungkin firasat atau saya pun tak tahu macam mana dia boleh tahu. Orang pertama mengubat/merawat penyakit saya ialah A.F Ustaz Mustafa.

Pengalaman kedua; sekali lagi saya terkena gangguan sihir ialah pada tahun 1995, kali ini saya mendapat rawatan daripada anak murid Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, antara mereka ialah Ustaz Mazlan b. Mat Jai, A.F Ustaz Che Leh, Dato' Dr. Amaran Kasimin, A.F Ustaz Rashid, A.F Ustaz Mokhtar b. Kassan dan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sendiri.... berkat doa mereka penyakit saya beransur-ansur sembuh.

Syukur Alhamdulillah... sekarang saya sihat... dan boleh bantu orang lain, saya dan isteri telah menjadi salah seorang anak murid Tuan Guru Dr. Haron Din, setelah mengalami pahit manis liku-liku kehidupan, dulu saya pernah disihir sekarang saya boleh merawat orang yang terkena sihir atau gangguan. Itulah... disebalik bala atau musyibah itu ada hikmatnya.

Semuga pengalaman ini dapat dikongsi bersama dan semuga ada manfaatnya, bukan untuk di tunjul-tunjul, jauh sekali untuk diriak-riak, inilah secebis kisah yang pernah saya alami.

Kepada A.F Tuan Guru Dato' Dr. Haron, semuga Allah S.W.T yang dapat membalasnya, kepada perawat-perawat yang telah bersusah payah merawat saya dan keluarga semuga Allah S.W.T yang membalasnya, mereka-mereka ini bukan saja merawat bahkan menjadi guru saya, kepada A.F Ustaz Mokhtar b. Kassan yang telah menurunkan ilmu merawat santau, A.F Ustaz Hj. Abdul Rashid menurunkan ilmu merawat resdung dan kepada guru-guru saya di Darussyifa' Bandar Baru Bangi dan di Ipoh Dato' Syeikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Almarhum Ustaz Roslan b. Saharom, A.F Ustaz Hj. Che Leh b. Che Ali, Ustaz Mohd Najib, (Setiausaha d/syifa' cawangan Ipoh) dan sahabat-sahabat seperguruan A.F Ustaz Mokhti b. Hj. Uri, Ustaz Hj. Mohamad (Kg.Gelung Pepuyu) dan ramai-ramai lagi yang saya tak dapat nyatakan di sini semuga kalian berada dalam rahmat dan kasih Allah S.W.T, semuga amal bakti tuan mendapat keredhaanNya.

Sekian, terima kasih.

Hj.Raja Ahmad bin Raja Ali
Taman Desa Tambun,
Ipoh, Perak D.R

Tel : 05-5487615 (R)
019- 5408217

*Doa saya semoga Tn Haji sekeluarga berada dalam keadaan sihat-sihat selalu dan mendapat pimpinan dari Allah Taala.

p/s : kepada yang ingin berkongsi pengalaman boleh la di emailkan kepada saya di sahabatgua@gmail.com semoga pengalaman dan kisah sahabat-sahabat kalian dapat menjadi iktibar dan pedoman pada saudara2 yang lain.

BLOG KURSUS / SEMINAR RAWATAN ISLAM - MALAYSIA

Blog-Blog Perawat Perubatan Islam