Friday, July 31, 2009

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

  • Buruk sangka

  • Hasad dengki

  • Takut sial kerana sesuatu

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/hasaddengki.htm

Selamat Berkursus

Kepada sahabat-sahabat yang mengikuti kursus pada Bulan Ogos, saya mengucapkan selamat berkursus, semoga kalian di limpahi Rahmat Allah Taala.


InsyaAllah,
Lahaulawalaquwataillabillahila'liyyilazim

Wednesday, July 29, 2009

Kursus Rawatan Terkini di Shah Alam




Kursus / Latihan Rawatan Islam AKADEMI MAQARI' SYIFA' QURANI


1- Latihan Rawatan Islam Modul 1.

A. Objektif


1. Mengetahui tentang jin , syaitan, Qarin.dan mengetahui jenis-jenis sakit (gangguan, sihir dan rasukan)..
2. Mempelajari peringkat-peringkat rawatan. (sebelum rawatan, semasa dan sesudah).
3. Mempelajari dan mentalaqi ayat-ayat ruqyah qurani dan cara - cara membakar jin.

B. Kandungan Latihan

1. Alam Jin, alam syaitan, Qarin dan bagimana syaitan menguasai manusia.
2. Jenis penyakit dan rawatan.
3. Merawat: sifat-sifat perawat dan cara merawat.
4. Ayat-ayat Ruqyah, ayat menghadhirkan, ayat mengazab.
5. Cara-cara membakar jin dan cara mengunci jin.

sila ke http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut atau http://syeikhulmaqari.blogspot.com/ (blog Utz hj. Othman b. Hamzah. - penceramah)

untuk memudahkan mengetahui kursus terkini sila add
http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/dalam bloglist anda

Monday, July 27, 2009

Blog Kursus Perubatan Islam Mula Beroperasi

Kursus-Kursus Perubatan Islam
InsyaAllah untuk kemudahan bersama -Semoga Manfaat

Assalamualiakum, setelah berfikir saya rasa adalah lebih elok dan lebih molek sekiranya setiap rawatan kursus ini di isi dan edit sendiri oleh mereka-mereka yang mengendalikan Kursus Rawatan khususnya Rawatan Islam. keterangan lanjut

Oleh itu bagi mereka yang ingin membuat Post berkenaan dengan kursus/seminar/praktikal sila login laman ini dengan user dan password yang telah di buat untuk khas tujuan ini.


Dengan pendedahan user dan password ini, saya berharap semua sahabat bertindak secara jujur dengan tidak mengubah mana2 setting dan juga password laman blog ini.

InsyaAllah, kita listkan sebanyak yang boleh kursus/seminar/praktikal dalam blog ini yang bertujuan memudahkan pecinta-pecinta ilmu rawatan islam mendapatkan ilmu.
keterangan lanjut

Thursday, July 23, 2009

Ilmu dan Pengamalannya

Ilmu dan Pengamalannya
Sayyidina Ali K.W

1. Ilmu berhubungan dengan amal. Barangsiapa yang berilmu, niscaya mengamalkan ilmunya. Ilmu memanggil amal; maka jika ia menyambut panggilannya bila tidak menyambutnya, ia akan berpindah darinya.

2. Pelajarilah ilmu, niscaya kalian akan dikenal dengannya; dan amalkanlah ilmu (yang kalian pelajari) itu, niscaya kalian akan termasuk ahlinya.

3. Wahai para pembawa ilmu, apakah kalian membawanya? Sesungguhnya ilmu hanyalah bagi yang mengetahuinya, kemudian dia mengamalkannya, dan perbuatannya sesuai dengan ilmunya. Akan datang suatu masa, dimana sekelompok orang membawa ilmu, namun ilmunya tidak melampaui tulang selangkanya. Batiniah mereka berlawanan dengan lahiriah mereka. Dan perbuatan mereka berlawanan dengan ilmu mereka.

4. Orang yang beramal tanpa ilmu, seperti orang yang berjalan bukan di jalan. Maka, hal itu tidak menambah jaraknya dari jalan yang terang kecuali semakin jauh dari kebutuhannya. Dan orang yang beramal dengan ilmu, seperti orang yang berjalan di atas jalan yang terang. Maka, hendaklah seseorang memperhatikan, apakah dia berjalan, ataukah dia kembali?

5. Janganlah sekali-kali engkau tidak mengamalkan apa yang telah engkau ketahui. Sebab, setiap orang yang melihat akan ditanya tentang perbuatannya, ucapannya, dan kehendaknya.

6. Orang yang berilmu tanpa amal, seperti pemanah tanpa tali busur.

DOA

Allah swt. berfirman:
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dalam kerahasiaan.” (Q.s. A-A’raf. 55).
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. “(Q.s. Al-Mu’min: 60).


Rasulullah saw telah bersabda:
“Doa adalah inti ibadat.” (H.r. Tirmidzi, dari Anas bin Malik).


Syeikh Abu Ali ad-Daqqaq berkata,

“Doa adalah kunci bagi setiap kebutuhan. Doa adalah tempat beristirahat bagi mereka yang membutuhkan, tempat berteduh bagi yang terhimpit, kelegaan bagi perindu.”


Allah swt. menghinakan orang yang meninggalkan doa, dengan firman-Nya:

“Mereka menggenggamkan tangannya.” (Q.s. At Taubah: 67).

Ditafsirkan bahwa ayat ini bermakna,

“Mereka tidak mengangkat tangan mereka dengan terbuka untuk berdoa kepada Kami.”

Ilmu dan Kebodohan - Sayyidina Ali K.W

Orang yang bodoh adalah yang menganggap dirinya tahu tentang makrifat ilmu yang sebenarnya tidak diketahuinya, dan dia merasa cukup dengan pendapatnya saja.

Imam `Ali a.s. menjawab pertanyaan seorang yang bertanya kepadanya tentang kesulitan, dia berkata,

“Bertanyalah engkau untuk dapat memahami, dan janganlah engkau bertanya dengan keras kepala. Sebab, sesungguhnya orang bodoh yang terpelajar serupa dengan orang alim, dan orang alim yang sewenang-wenang serupa dengan orang bodoh yang keras kepala.”

Wednesday, July 22, 2009

Ilmu Hilang selepas 48 jam?


MENUNDA AMAL KEBAIKAN KERANA MENANTIKAN KESEMPATAN YANG LEBIH BAIK ADALAH TANDA KEBODOHAN.


Mengikut Kajian di jalan oleh Dr Fadzilah Kamsah ilmu yang di terima tetapi tidak di amalkan / di manfaatkan dalam tempoh 48 jam akan menyebab 95% ilmu tersebut akan hilang / terhapus.

Wallahuaklam

Kepada DARUL MUHAJIRIN

Saya berharap pihakDarul Muhajirin dapat membuat sekurang2nya satu post di laman web tersebut untuk membolehkan link tersebut masuk terus kelaman blog.

Tuesday, July 21, 2009

KURSUS TAQ - RAWATAN SANTAU,SIHIR DAN PENDAMAI

TAJUK : RAWATAN KHUSUS SANTAU, SIHIR DAN PENDAMAI SUAMI ISTERI DAN KELUARGA.

TARIKH : 9HB OGOS 2009
MASA : DARI JAM 9.30 PAGI SEHINGGA 4.00 PETANG.
TEMPAT : MESJID SAIDINA OTHMAN CHERAS
PENYAMPAI : TUAN GURU USTAZ ABDUL MALEK BIN HAJI LADZIM AL-AZHARI.
YURAN : RM 70.00

BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI MAYBANK2U : 162106364673 ZAILAN IBRAHIM

EMAIL : admin@terapialquran.com

NO TEL : 018 202 7559

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dalam bentuk PM FORUM dan juga Email.

Friday, July 17, 2009

Kursus Perubatan Islam Diperkenal Di Universiti

Kursus Perubatan Islam Diperkenal Di Universiti

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan kursus peringkat diploma dalam bidang Amalan Perubatan Islam di sebuah universiti di sini tidak lama lagi.

Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) kementerian itu Dr Ramli Abd Ghani memberitahu Bernama bahawa kandungan bagi kursus yang memakan masa dua tahun setengah itu disusun dengan bantuan pengamal perubatan Islam terkenal di negara ini termasuk Dr Harun Din, Datuk Amran Kasimin, Dr Hatta Sharom dan beberapa pengamal perubatan tradisional dan komplementari lain.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengamal perubatan Melayu tentang ajaran Islam sebenar, di samping mengelak umat Islam daripada melakukan amalan syirik dan khurafat.

Dr Ramli berkata lepasan kursus ini, yang diiktiraf sebagai pengamal perubatan bertauliah, akan bekerja sendiri bagi merawat santau dan masalah lain berkaitan kerohanian.

Mereka juga mungkin diambil bekerja di institusi kerajaan tertentu pada masa akan datang, katanya.

Dr Ramli berkata bahagian berkenaan juga sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan kursus peringkat ijazah dalam bidang perubatan tradisional Cina, akupuntur, naturopati, perubatan Melayu, Ayurveda dan penjagaan Ciroprakti.

Katanya bahagian itu akan memperkenalkan kursus peringkat diploma dalam bidang akupuntur, naturopati, aromaterapi, refleksologi dan urut tradisional Melayu.

Dr Ramli berkata kursus berkenaan akan diadakan di Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Kolej Inti, Kolej Universiti Cyberjaya dan Kolej Komuniti.

Sebahagian besar kursus ini akan dikendalikan pensyarah tempatan, manakala sesetengahnya pula, seperti perubatan tradisional Cina, akupuntur dan Ayurveda, mungkin memerlukan bantuan tenaga pengajar dari luar negara, katanya.

Dr Ramli berkata bahagian itu juga akan bekerjasama dengan anggota Persatuan Spa Malaysia (AMSPA)untuk menubuhkan institusi latihan bagi memajukan industri spa, yang mempunyai kaitan dengan pelancongan kesihatan di negara ini.

Beliau berkata semua kursus itu akan dibuat penilaian sewajarnya dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan memberi jaminan bahawa pengamalnya mampu menyediakan perkhidmatan yang selamat dan berkesan.

Katanya bidang perubatan tradisional dan komplementari semakin mendapat pengiktirafan di seluruh dunia dan Malaysia akan memajukan sektor ini kerana ia popular dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan hampir 14,000 pesakit telah memilih rawatan jenis itu sejak ia diperkenalkan di tiga hospital iaitu di Putrajaya, Kepala Batas dan Johor Baharu sejak kira-kira 18 bulan lepas.

Dr Ramli berkata bahagian itu sedang membuat persiapan untuk mengembangkan perkhidmatan berkenaan ke tiga lagi hospital kerajaan iaitu di Terengganu, Sabah dan Sarawak menjelang Ogos ini.

Katanya menjelang 2010, perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari akan disediakan di 10 hospital dan dua klinik kerajaan di negara ini.

-- BERNAMA

Monday, July 13, 2009

SEMINAR RAWATAN ISLAM (Bintulu, Serawak) - USTAZ SHARHAN SHAFIE

SEMINAR RAWATAN ISLAM (Bintulu, Serawak)

bertempat di Dewan Masjid Assyakirin,
Bahagian Bintulu,
Jalan Tanjung Kidurong

Pada 08/08/09 (Sabtu)

tajuk : "Menangkis Kejahatan Makhluk Halus (Angkara Ilmu Hitam) dan Menyingkap Rahsia Alam Jin

antara perbincangan,
  • Angkara Sihir Rumahtangga hancur,
  • sihir dan bencananya,
  • susuk/santau/pukau (pengenalan) saka dan keturunan,
  • rahsia dalam rawatan Islam dan Ayat-Ayat amalan dalam Al-Quran.
Pendaftaran terbuka kepada semua penduduk yang berada di Negeri Serawak

Sila SMS nama atau hubungi wakil kami dibintulu
(En. Idil Hj Ismail 019-4828001) dan juga emailkan nama penuh beserta No. tel/Hp kepada kami untuk pendaftarn (Pendaftaran RM30 termasuk makan Minum)

harap maklum.

BENGKEL RAWATAN ISLAM - USTAZ SHARHAN SHAFIE

BENGKEL RAWATAN ISLAM oleh AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE pd 25 Julai 2009 (Sabtu)
9pg – 4ptg akan diadakan diDewan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
Yuran Penyertaan : RM80 seorang

Tajuk Khusus SIRI 2 "Antara Petua Rawatan Penyakit Lumpuh (stroke) Barah (Cancer), Penyakit Mata, Gout dan Kencing Manis serta rawatan mengikut Al-Quran dan Hadis.

Sesi 2 Perbincangan Penyakit Was-Was >Membincangkan asas petua rawatan berkenaan dengan penyakit darah, Khasiat Tumbuh-tumbuhan , Was-Was dan gangguan makhluk halus, rawatan mengikut cara Rasulullah S.A.W dan serta pencegahannya/Ayat-Ayat

Pengijazahan/Sijil Khusus diberikan-

SMS nama penuh untuk Pndaftaran ke
017-6955909/017-6499818

Hrp Maklum

Friday, July 10, 2009

Blog Kursus / Seminar / Praktikal

InsyaALlah akan di onlinekan sikit masa lagi.

http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/

Assalamualaikum wbth.

Kepada pengunjung dan pencari ilmuan perubatan islam, InsyaALlah dalam waktu terdekat laman blog ini akan di online khas bagi menyenaraikan kursus-kursus/seminar/praktikal bagi bidang Perubatan Islam.

Kepada mereka-meraka, atau pusat-pusat rawatan islam yang ingin menyenaraikan Kursus/Seminar/Praktikal sila lah beritahu saya di blog berkenaan (bukan di blog perawat-islam)

Harapan saya supaya blog ini menjadi tempat rujukan kursus/seminar/praktikal bagi mereka yang mencari-mencari ilmu perubatan islam.

Saya yang hina lagi daif serta jahil ini hanya mampu mendoakan supaya cita-cita Tuan-tuan di makbulkan oleh ALlah Taala di samping memartabatkan Ilmu Perubatan Islam.

Kunci Rahsia dari AYAT KURSI ?




Kunci Rahsia dari AYAT KURSI ?
petikan ini di ambil dari blog (tak ingat blog mana) untuk kongsian dengan anda sekalian sekiranya ada manfaat bersama.

Banyak kisah apabila orang yang kerasukan, apabila dibacakan AYAT KURSI tetapi orang yang kerasukan itu turut serta ikut membaca. Kalau terjadi hal seperti ini semasa ayat terakhir cubalah di baca dengan TAHAN NAPAS yaitu di ayat "WALAA YAUDUHU HIFZHUMUMA WAHUAL ALIYYUL AZHIEM" pasti jin tidak akan dapat mengikuti kerana kelemahan jin adalah tidak mampu menahan napas dan ayat terakhir itu adalah inti dari Ayat Kursi. Lalu tiupkan ke telinga kanan/kiri atau bisa juga ke ubun2 kepala (tengah-tengah kepala atas).

Tahan napas pada ayat terakhir juga mendatangkan kesan untuk menghalau, membakar dan menghancurkan Jin. Tahan napas dan hendaklah di ulang dalam jumlah yang ganjil 3,5,7,11 atau lebih.

Pandangan dan komen dari perawat2 berkaitan dengan ayat kursi amatlah di alu-alukan.

Friday, July 3, 2009

Kursus Perubatan Darussalam Kumpulan ke 7



Berita lanjut di sini

Kaedah Rawatan Penyakit Fizikal & Rohani - TIAF

Tajuk : Kursus Refleksologi - Kaedah Rawatan Penyakit Fizikal & Rohani
Tarikh : 12hb Julai 2009 (Ahad)
Masa : 9.00am – 5.00pm
Tempat : No 27 - 1, Jalan knmp 1, Kompleks Niaga Melaka Perdana,
75450, Bukit Katil, Melaka.

Berita lanjut di sini

Kursus Merawat Gangguan - AKRINE

KURSUS INTENSIF MERAWAT GANGGUAN
Tarikh: 18-19 JULAI 2009
Tempat : Akrine, Kuang
Permohonan dibuka sekarang
Sila sms nama PENUH ke 019-7584801.
Permohonan ditutup 7hari sebelum tarikh kursus

Berita lanjut di sini

Penjenamaan semula PRAINS ke RAINS

RAINS yang dulunya PRAINS kini telah membuat penjenamaan baru kepada RAINS (RAWATAN ISLAM NURUSYIFA) yang di pimpin oleh Ustaz FAKHRUDDIN BIN MOHAMMAD. Oleh itu di harap tiada kekeliruan yang timbul. Di bawah adalah sebahagian petikan dari Ustaz Fakhruddin di blognya

Lantaran itu ana telah gugurkan perkataan PUSAT kerana tiada pusat rawatan pun, hanya sekadar merawat kat rumah je. Begitu juga ana gugurkan juga perkataan ALTERNATIF, sebab ada yang keliru. Mudahan tiada lagi permasalahannya dengan PRAINS yang sekarang ni doh jadi RAINS (RAWATAN ISLAM NURUSYIFA). Semoga Allah s.w.t. terus memilih ana & menjadikan ana seorang perawat Islam jika ianya mendatangkan manfaat bagi diri ana, keluarga & masyarat umumnya, tapi sekiranya sebaliknya, mudahan Allah s.w.t. bimbing ana ke arah yang bersesuaian dengan diri ana...insyallah.

List Perawat Islam

Blog ini mengumpulkan senarai perawat-perawat Islam, sekiranya ada perawat yang tidak di senaraikan atau ingin turut serta dalam senarai ini sila email atau beritahu di ruang sembang-sembang.

Sekian

BLOG KURSUS / SEMINAR RAWATAN ISLAM - MALAYSIA

Blog-Blog Perawat Perubatan Islam