Friday, December 24, 2010

Raja Habib Yang Mendapat Hidayah

Raja Habib pun terkejut kerana tidak ada sesiapun yang tahu penyakit anaknya itu iaitu lumpuh dan matanya buta kecuali orang-orang istana dan mereka yang dekat dengannya sahaja.Dia merasa gembira lalu berkata :

“Wahai seluruh penduduk Kota Mekah,tidak ada kekafiran sesudah beriman.Ketahui yang saya percaya tidak ada Tuhan kecuali Allah dan mengaku Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya”.Selepas itu Raja Habib dan seribu orang pengawalnya telah memeluk islam, namun Abu Jahal dan Abu Lahab masih terpinga-pinga,marah dan masih tidak mendapat hidayah!

Wednesday, December 22, 2010

Minyak wangi Al-insyirah

Sebagai salah satu ikhtiar merawat gangguan
Minyak wangi Al-insyirah yang telah di doakan dengan ayat2 Quran (ayat Ruqyah)
InsyaAllah

Untuk keterangan lanjut boleh ke laman blog ini Al-Insyirah

Monday, October 18, 2010

Tujuan Blog

Blog ini bertujuan membantu mereka yang sedang mencari-mencari perawat beragama Islam sebagai ikhtiar mengubati diri / keluarga/saudara mara/sahabat handai. Sila klik di senarai blog di bawah untuk mendapatkan perawat yang berhampiran. Semoga di permudahkan Allah Taala..Aminn - 18.10.2010 3.13 pm

"Jangan Menderita..Berikhtiarlah"

Untuk mengikuti Kursus Perubatan Islam sila ke blog ini
http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/

Tuesday, October 12, 2010

Bengkel Rawatan Islam Bersiri -7 Siri : Ustaz Sharhan

Bengkel Rawatan Islam Bersiri - 7 Siri

(Sesi group 2) akan bermula pd 16/10/2010 (Sabtu) yang akan di Terajui oleh Al-Fadhil Ustaz Sahrhan Shafie, bengkel ini bertujuan untuk mengasah dan mencari pelapis Mualij (Perawat) dalam Ilmu Rawatan Islam yang berpandukan Ajaran Al-Quran dan As-Sunnah juga pengalaman petua serta ilmu Rawatan yang akan dikongsikan bersama oleh Us. Sharhan,

Bengkel akan diadakan setiap Bulan bermula pd 16/10/2010 dan berakhir pd 16/04/2011 sebelum kelas khusus (Tafaquh Ilaj>Perbincangan secara berkumpulan, ujian bertulis praktikal dan Pengijazahan) , setiap 7 siri yang akan dibentangkan mengikut tajuk dan kertas kerja tambahan (Serta Buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus, Karangan Us. Sharhan) maklumat lanjut http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/

Friday, October 8, 2010

Imbasan Kisah Perawat 4

Jin Silat dari blog http://darulmanzil.blogspot.com

".......Siapa kamu wahai hamba Allah?" saya bertanya padanya."Aku Wan budok ni. Toksoh nok hambak aku la. Mu tok padan Ustaz Mudo eh", ujarnya sinis. Jari telunjuknya diangkat tegak dengan menghala pada saya sebagai tanda amaran.

"Celaka mu Ustaz! Mu ingat aku ni apa?! Nih Wan Silat! Tak ada siapa boleh kalahkan aku!", jeritnya mendabik dada........." Kisah selanjutnya di sini

Wednesday, October 6, 2010

Imbasan Kisah Perawat 3

Diari merawat (4) Memecah sarang gangguan.. http://abumujahid-urduni.blogspot.com

"...selepas 2/3 kali aksi sembelih pesakit menunjukkan reaksi sangat sakit kemudian rebah dalam keadaan kaku seperti patung..Ingat sekejap saja.. tapi bila dikejutkan pesakit memang kaku dan keras tidak menunjukkan reaksi.. puas saya cuba melembutkan tangan kaki dan badan pesakit namun usaha itu gagal.. " kisah selanjutnya di sini

Friday, October 1, 2010

Imbasan Kisah Perawat 2

Rawatan 3 Beranak dari blog : http://r-syifa.blogspot.com

"..Ana cakap takpo, ana kemudian duduk di belakang ketiga-tiga pesakit. Kaedah ni sebab masa dah lewat malam, kalu tak baik buat tiap tiap seorang. Ana ruqyahkan dengan membaca Lau anzalna.. dan Afahasibtum…peha kaki kak A terasa mau bergetar getar.." ....... cerita selanjutnya di sini

Rawatan 26/07/2010 dari blog : http://r-syifa.blogspot.com

“rupanya di kaki kanannye tempat dia duduk”. Ana duduk berhampiran kaki kananya, halakan tapak tangan ke kaki kanannya, Selawat Tafrijiah dibaca sekali lagi, “Innahu min Sulaiman wainnahu……” (an Namlu) kaki kanan mula bergerak-gerak.... “ cerita selanjutnya di sini

Saka Mertua Mengganggu Anak & Menantu - Part 1 dari blog : http://www.urutbatinrawatsihir.com

Menurut pesakit, sewaktu saya membaca ayatul Qursi, beliau nampak seorang wanita yang sangat-sangat dikenali terbakar dengan teruk. Saya tanya siapa wanita tersebut, pesakit menjawab “dialah Ibu MertuaKu”… waaa.. macam cerita P.Ramlee ni.. Dalam hati saya berkata “yang kamu lihat itu adalah Jin Ibu MertuaMu” ...... cerita selanjutnya di sini

Saka Mertua Mengganggu Anak & Menantu - Part 2 dari blog : http://www.urutbatinrawatsihir.com

Dengan tak semena-mena tangan budak tersebut bergerak-gerak dengan pergerakan yang amat luar biasa, budak tersebut menangis kesakitan, dia merasakan ada sesuatu yang mengalir keluar dari bahu ke hujung jari-jari tangannya. ........cerita selanjutnya di sini

Thursday, September 30, 2010

Pengambilan Ahli Baru DarusSyifa sessi 2010/2011

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI

UNTUK KUMPULAN KE-23 SESSI 2010/2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010
TARIKH TEMUDUGA: 27 & 28 NOVEMBER 2010

maklumat lanjut www.darussyifa.org

Thursday, September 23, 2010

Imbasan Kisah-Kisah Perawat 1

Panglima Hijau Dari blog Ustaz Idil - Sarawak http://dairiana.blogspot.com/2009/12/panglima-hijau.html
Wak : “Oh..pakcik SP ada pendamping tapi bagaimana kamu berdua boleh bertemu dengan Panglima?.”
Jin: “Kami wakil dari daerah ini pergi kesana kerana hendak mengiringi Puteri ke satu tempat yang agak jauh dari sini, sambungan di sini

Merawat Gadis Sakit di Kepalanya dari blog http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/08/merawat-gadis-sakit-di-kepalanya.html
Habis ayat-ayat Quran, ruqyah masuk ke bahagian ayat-ayat selain daripada Quran. Namun tidak ada sebarang petunjuk mengatakan gadis ini diganggu jin ataupun terkena sihir. Saya khuatir jika benar ada gangguan, mungkin pengganggunya jenis yang pandai bersembunyi. sambungan di sini
(tak silap saya kisah ini ada sambungan ke-2)

Kursus Terkini dan Terdekat bulan Oktober 2010

Darul Manzil (RIDAM)
Seminar Pengajian Rawatan Islam di Sandakan, Sabah (9hb Oktober 2010)

Kursus TIAF
di Kuantan (Lanjutan) 9 & 10 Okt 2010

Darul Manzil (RIDAM)
Pengajian Bekam dan Urut badan di Sandakan, Sabah (10hb Oktober 2010) (disertakan petua DAN doa khas)

Darul Manzil (RIDAM)
Seminar Pengajian Rawatan Islam di Limbang, Sarawak (23 Oktober 2010)

Kursus TIAF di Bahagian Utara
Kursus Pengukuhan Rawatan 23 & 24 Okt 2010

Darul Manzil (RIDAM)
Seminar Pengajian Rawatan Islam di Kuching, Sarawak (30hb Oktober 2010)

Akrine
Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) 30-31 Okt. 2010 - Kuang Selangor

Kursus TIAF
di Johor Bahru (Lanjutan) 31 Okt 2010

Wednesday, September 22, 2010

Pelekat Kereta - Sahabat TIAF



Seperti yang tertera di blog TIAF

Size: 8cm x 9cm
Harga : RM 10 sekeping.
Pelekat Kereta Sahabat TIAF akan mula diedar-jual pada minggu hadapan, insyaALLAH.

Mereka yang berminat boleh dapatkan di blog TIAF (Uts Wan Asrul)

Pemberitahuan

Pengendali blog ini hanya menggunakan nickname "Sahabat Gua". Lain pada itu seperti Sahabat / shbt / sebat / musibat / itu bukan pengendali laman ini. Begitu juga di ruang chat (shoutmix etc...) Harap Maklum.

Friday, September 10, 2010

Ucapan

Selamat Hari Raya AidilFitri kepada sahabat2 sekalian semoga kalian berada dalam sihat walafiat dalam menyambut Hari Raya yang penuh bermakna di samping keluarga dan juga teman2. Saya dengan ini memohon kemaafan dari segala kesilapan yang nyata mahupun yang tidak nyata pada kalian semua. Maaf Zahir dan Batin. selamat Hari Raya.

Wednesday, September 8, 2010

Kisah Bahana Sihir

.........tetapi setelah dipujuk akhirnya sy akur juga kerana mengenangkan rumahtangga sy yg masih mentah lagi.

berjumpa dgn perawat ke2 ni, sy diberitahu bahawa istri sy terkena guna2 org..ada org yg gilakan isteri saya..katanya, setelah dimunajat, ada org yg menabur sesuatu di tempat kerja isteri sy, dan isteri sy slalu melangkah taburan tersebut membuatkn isteri sy lupa akan tanggungjawabnya..dan dia mencadangkan beberapa ikhtiar. bila sy melakukan ikhtiar yg dicadangkan dan memberi air yg ditawar oleh perawat tersebut, sy nmpk perubahan keatas isteri saya..dia pulang kerumah dan kami mesra bersama..sayangnya hal ini berlaku sementara shj. isteri sy tetap meminta cerai dari saya. malah lebih dasyat lagi pergaduhan antara kami......
kisah selanjutnya sila ke sini

Friday, September 3, 2010

Anda mahu jadi seorang perawat?

Anda mahu jadi seorang perawat? Betul? Sudahkah anda fikirkan risikonya? Berani tanggung? Syabas!

Mari kita buat sedikit kira-kira sebelum anda meneruskan niat murni anda itu : )

Katakanlah dalam sehari anda merawat satu kes yang membabitkan sihir. Maksudnya anda sudah pun menyakitkan hati satu jin/ banyak jin, dan seorang pengamal ilmu sihir. Mereka tentunya marah kerana anda mencampuri urusan mereka, apatah lagi jika anda berjaya menggagalkan kerja-kerja mereka. Oleh itu, mereka akan mencari ruang untuk ‘mengenakan’ anda sebagai membalas dendam.

Sehari, seorang pengamal sihir jadi musuh anda. Kalau seminggu? 5-6 orang. Sebulan? Setahun? Sudah berapa ramai pengamal sihir yang tidak puas hati dengan anda, dan mereka akan membalas dendam jika berpeluang? Bukan diri anda sahaja, tetapi keluarga dan harta-benda anda menjadi sasaran mereka. Musuh anda ratusan. Campur dengan jin-jin, mungkin puluhan ribu. Padahal anda berseorangan. Mampukah anda (dan isi rumah anda) berhadapan, ataupun sekurang-kurangnya bertahan dengan mereka semua?

Apabila kita mula memikul tugas sebagai seorang perawat, ertinya kita sedang mengumpulkan musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia. Semakin hari semakin banyak.

Apa macam?

Masih bercita-cita untuk masuk ke gelanggang?

Fikir-fikir dulu...

Tapi...

Kalau anda tidak jadi seorang perawat pun, anda tetap jadi sasaran para jin dan syaitan juga. Tidak mustahil juga anda ataupun ahli keluarga anda ada/ akan terkena sihir. Bezanya, anda tidak ada ilmu untuk menentang jin dan sihir itu. Teruk juga situasinya ye tak?

Dengan itu, jadi perawat pun berisiko tinggi, tak jadi perawat pun berisiko tinggi. Samalah halnya dengan nasib warga Palestin di Gaza sekarang. Jadi pejuang pun anda akan dimusuhi dan mahu dibunuh tentera Zionis, tak jadi pejuang pun anda dimusuhi dan mahu dibunuh oleh tentera Zionis. Mana satu pilihan anda?

Teringat kata-kata Ustaz Majid (Akrine) dalam Kursus Intensif Rawatan Islam. Katanya banyak perawat yang mengaktifkan diri mereka sebagai perawat, dapat bertahan sekitar dua tahun sahaja. Selepas dugaan demi dugaan mendatang, mereka mula kurang aktif, dan akhirnya terus senyap.

Tulisan ini bukanlah bertujuan melemahkan semangat bakal-bakal perawat, cuma ada baiknya kita menilai kesediaan diri (dan keluarga, jika sudah berumahtangga) sebelum terjun ke dunia rawatan. Sekiranya berasa kurang mampu, belajarlah sekurang-kurangnya sebagai benteng pertahanan untuk diri dan keluarga.

Abu Zulfiqar

1 September 2010

note : bagi saya bagus artikel ni, apa pun sebagai ikhtiar pastikan kita ada senjata untuk pertahankan keluarga

di petik dari laman http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/09/benarkah-anda-mahu-jadi-perawat.html

Thursday, August 26, 2010

Dengki yang membawa kepada membunuh

Diriwayatkan dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw telah menyatakan,

Ada 3 hal menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan Iblis menolak untuk sujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang.

Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.”

Dikatkan dalam firman Allah SWT:

قُلۡ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡہَا وَمَا بَطَنَ وَٱلۡإِثۡمَ وَٱلۡبَغۡىَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَأَن تُشۡرِكُواْ بِٱللَّهِ مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ سُلۡطَـٰنً۬ا وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ 

Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A'raf: 33)

Dikatakan bahawa ‘perbuatan keji yang tersembunyi itu adalah dengki.” Tertulis di suatu tempat bahawa, “Orang yang dengki adalah musuh rahmat-Ku.”

Muawiyah menyatakan, “Di antara sifat-sifat kejahatan, tidak satu pun yang lebih adil daripada dengki. Orang yang dengki binasa sebelum orang yang didengkinya.”

Wednesday, July 21, 2010

Album Metafizika


Album Metafizika daripada album keTuhanan yg julung2 kali nya hasil gubahan
Tn Syeikh Ana Faqir bersama penyanyi dikenali ramai Ito Blues Gang

Preview album Metafizika-"Huruf"

Preview album Metafizika -"Alam Maya"

Tempahan sila ke sini


Tuesday, July 13, 2010

Senarai Kursus Terbaru - 9 Kursus bakal dianjurkan




Senarai Kursus mengikut tarikh :


Seminar Perubatan Islam: KISWAH

Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)
Tarikh: 17hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Masjid Jamek Al A'laa, Bandar Mas, 81930 Kota Tinggi, Johor
Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar
Yuran: RM 60 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)
maklumat lanjut

************************************************************

Kursus Rawatan Islam - AKRINE
Kursus rawatan di adakan di Klang
Tarikh : 24 Julai 2010
masa : 9.00 pagi - 12.30 tghari
Konsep rawatan ( Semua orang Boleh Merawat)
maklumat lanjut

************************************************************

Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan
- TIAF
Tarikh : 24hb Jul 2010 (Sabtu)
Masa : 9am - 5.30pm
Tempat : Dewan Siti Ramzah, Rumah Kakitangan Kastam, Jalan Bukit Baru, Kampung Solok Musai, Bukit Baru, Melaka. (Berdekatan dengan Pejabat Pos Besar Melaka, Bukit Baru)
Penyampai : TIAF
Yuran : RM120 (Umum) - Termasuk Nota dan Jamuan.
Jumlah peserta : 40 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)
maklumat lanjut

************************************************************

"BENGKEL AYAT" - DARUL RUQIYYAH
ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH
TARIKH :25 JULAI 2010 (AHAD)
MASA :8.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT :PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC), BANDAR TUN ABDUL RAZAK (BERDEKATAN HUKM)
maklumat lanjut

************************************************************

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG Siri 3 di PRODS
Satu Seminar Perawat Cemerlang Siri 3 akan diadakan seperti berikut
Tajuk: Amalan Asas Perawat
Penceramah: Tok Belagak dan Toh Puan Belagak
Tempat: Pusat Rawatan One Darul Saka, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
Masa: 830 pagi hingga 7 Petang
Tarikh: 31hb July ..( hari Sabtu )
maklumat lanjut

************************************************************
Kursus Lanjutan TIAF (Melaka):
Tarikh : 1hb Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 9am - 5.30pm
Tempat : Masjid Al Azim (Setakat ini, segala maklumat perubahan lokasi akan dimaklumkan)
Yuran : RM150(Nota dan jamuan)
maklumat lanjut

************************************************************

Kursus Intensif Rawatan Islam - AKRINE
Tarikh : 31.7.2010 - 1.8.2010 (2 hari)
Tempat : Di kuang Selangor
maklumat lanjut

************************************************************
PROGRAM SATU: KISWAH
SEMINAR RAWATAN ISLAM: MODUL DUA : KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR.
Satu seminar bakal dianjurkan oleh Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Bandar Puteri Klang pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Ogos bersamaan hari Ahad
Tempat: Dewan Seminar Masjid Sultan Solahuddin Abdul Aziz Shah
(Masjid Negeri Selangor)...

PROGRAM DUA: KLINIK RAWATAN ISLAM KISWAH
Sesi Petang: 2.30 - 5.30 petang
Klinik Rawatan Islam KISWAH: Terbuka kepada Orang Awam.
(bayaran seikhlas hati)
maklumat lanjut

************************************************************

LATIHAN RAWATAN ISLAM AMSYIQ
[ASAS & SANTAU]
Modul 1- (asas rawatan islam) oleh
Syeikhul Maqari Othman bin Hamzah, mantan imam besar MSSAAS
Modul 5- (santau) oleh
Tuan Guru Mokhtar bin Kasan dari Darus Syifa'

Tarikh:
Modul 5 = 31 Julai 2010
Modul 1 = 1 Ogos 2010
Bertempat di:
316, Pangsapuri Bestari, Jalan Halia 16/8,
Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
maklumat lanjut

Friday, July 2, 2010

ASAS & SANTAU

LATIHAN RAWATAN ISLAM AMSYIQ
[ASAS & SANTAU]

Modul 1- (asas rawatan islam) oleh
Syeikhul Maqari Othman bin Hamzah, mantan imam besar MSSAAS
Modul 5- (santau) oleh
Tuan Guru Mokhtar bin Kasan dari Darus Syifa'

Tarikh:
Modul 5 = 31 Julai 2010
Modul 1 = 1 Ogos 2010
Bertempat di:
316, Pangsapuri Bestari, Jalan Halia 16/8,
Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
Yuran:
Peserta baru - RM 90.00 satu modul
Pemegang ijazah - RM 70.00 satu modul
makan, kertas kerja dan sijil ijazah disediakan...

Untuk mendaftar:
Sms modul, nama, no k/p ke 012-666 9362
contoh: modul 1&2, Ahmad bin Samad, 123456-12-1234
*Daftar sebelum/pada 31 Julai 2010

Kandungan modul 1
  • Mengetahui tentang jin, syaitan, qarin & mengetahui jenis-jenis sakit (gangguan, sihir & rasukan)
  • Mengetahui peringkat-peringkat rawatan (sebelum, semasa & sesudah rawatan)
  • Mempelajari & mentalaqi ayat-ayat ruqyah (membakar, menyeksa dll)

Kandungan modul 5

Mempelajari sejarah santau, apa itu santau, jenis santau, tujuan santau, akibat santau, cara merawat, golongan pesakit yang tidak boleh dirawat secara tepuk, alat-alat rawatan, pantang makan, pendinding diri dan pemutus

untuk maklumat lanjut sila ke http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

Tuesday, June 29, 2010

4 Kursus Rawatan Islam di bulan Julai

1. Kursus Rawatan Islam Intensif bersama

Ust Wan Asrul Wan Hussin ( TIAF ) akan diadakan mengikut:
Tarikh : 04 Julai 2010 (Ahad)
Tempat :71, TKT ATAS Medan Kamunting 3, 34600 Kamunting Perak.
( Berdekatan Masjid Kamunting Taiping Perak )
maklumat lanjut

2. Seminar Perubatan Islam:
KISWAH
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)
Tarikh: 17hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Masjid Jamek Al A'laa, Bandar Mas, 81930 Kota Tinggi, Johor
Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar
Yuran: RM 60 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan) maklumat lanjut

3. "BENGKEL AYAT"

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH
TARIKH :25 JULAI 2010 (AHAD)
MASA :8.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT :PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC), BANDAR TUN ABDUL RAZAK (BERDEKATAN HUKM) maklumat lanjut

4. Kursus Rawatan Islam - Akrine
maklumat lanjut

Tuesday, June 8, 2010

Ubat Malas Beribadah

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-

* Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;
(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;
(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan
(4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

di petik dari http://bahrusshofa.blogspot.com/2005/12/ubat-malas-beribadah.html

Friday, June 4, 2010

Facebook VS Millatfacebook

Milatfacebook Buat Muslim Oleh Muslim

di petik dari http://suaramerdeka.com/v1/index.php/read/news/2010/05/30/55704/Milatfacebook-Buat-Muslim-Oleh-Muslim-

http://www.millatfacebook.com

Lahore, CyberNews. Orang Pakistan, yang marah pada Facebook sehubungan dengan karikatur yang menghujat Nabi Muhammad SAW, telah menciptakan laman jejaring pemisahan diri yang mereka impikan dapat menghubungkan 1,6 miliar Muslim di seluruh dunia.

Sekelompok enam profesional muda TI dari Lahore, ibukota budaya dan hiburan Pakistan, meluncurkan www.millatfacebook.com bagi orang Muslim untuk berinteraksi daring (dalam jaringan) dan memprotes penghujatan.

Perusahaan swasta tersebut lahir setelah satu pengadilan Pakistan memerintah pemblokiran terhadap Facebook sampai 31 Mei, karena rakyat Pakistan tersinggung dengan laman Everyone Draw Mohammed Day yang menghujat dan menistakan Rasulullah SAW.

"Millatfacebook adalah laman jejaring sosial pertama yang dimiliki Pakistan. Laman buat Muslim oleh Muslim, tempat orang-orang yang baik dari agama lain juga diterima dengan tangan terbuka," kata jejaring itu kepada
orang tertarik untuk bergabung.

Setiap anggota memiliki wall buat teman untuk menyampaikan komentar. Laman tersebut menawarkan fasilitas surat elektronik, foto, video, bercakap-cakap dan diskusi.

Dalam bahasa Urdu kata Millat digunakan oleh umat Muslim untuk merujuk kepada bangsa mereka. Jejaring itu menyatakan telah menarik 4.300 anggota dalam tiga hari belakangan --kebanyakan orang Pakistan yang mampu berbahasa Inggris dalam usia 20-an tahun.

"Kami ingin memberitahu orang-orang Facebook, 'jika mereka macam-macam dengan kami, mereka harus menghadapi konsekuensi'," kata Usman Zaheer,24, pemimpin pelaksana rumah perangkat lunak yang menampung laman baru tersebut.

"Jika seseorang menghujat Nabi Muhammad SAW, maka kami akan menjadi pesaing mereka dan memberi kerugian besar dalam bisnis," katanya. Ia memimpinkan dapat membuat jejaring sosial Muslim terbesar.

Segera setelah bergabung, anggota baru hanya satu klik saja dari perdebatan di laman buletin.

Misalnya adalah "Enticing Fury" menulis, "Alasannya ialah forum ini harus tersedia buat SEMUA MUSLIM DI DUNIA dan bukan hanya di Pakistan. Jadi, penggunaan kata MILLAT sangat bagus! Selamat teman-teman. Kalian telah membuat pilihan yang sangat luar biasa buat seluruh umat Muslim!


26338

Monday, May 31, 2010

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUNTAHA

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUNTAHA.

AL-Quran itu Penyembuh Segala Penyakit.

Khidmat yang disediakan:
Rawatan Penyakit yang disebabkan gangguan makhluk halus seperti:
  • Saka.
  • Sihir.
  • Histeria.
  • Angin Ahmar/Stroke.
  • Kelenjar Prostat.
  • Sihir Perceraian/Perniagaan.
  • Panas Baran/Bisa-Bisa Dalam Badan.
  • Santau.
  • Susuk.
  • Lemah Semangat.
  • Kanser.
  • Kayap.
  • Pagar Rumah/Kediaman.
  • Batu Karang.
  • DLL.

Tersedia Rawatan Khas Mengubati Penyakit Lumpuh Dan Gout dan Penyakit-Penyakit yang tak dapat dikesan oleh Doktor.

Buat Temujanji Terlebih Dahulu.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
Pusat Rawatan Islam Al-Muntaha.
Ustaz Huda: 016 - 669 2259

Alamat Pusat Rawatan:
AL-MUNTAHA ENTERPRISE.
No. 8A, Jalan Pudu Hulu, Off Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Thursday, May 27, 2010

Seminar Rawatan Islam - TIAF


(klik imej untuk paparan besar)



Topik Rawatan :

Sintom SAKA, Sihir, Gila , Ain, Badi, Kaedah Menangkap Toyol, & Anak Kerak dll

Di Pusat Dagangan Mahkota Kuantan
pada : 26 & 27 Jun 2010 ( 2 hari)

maklumat lanjut sila ke terapi-alfatah.blogspot.com

insyaAllah akan di detailkan

Thursday, May 20, 2010

Disebalik Bala atau Musyibah itu ada Hikmahnya.



* Dari peti email sahabatgua.

Assalamualaikom dan salam perkenalan buat kalian semua.... dikesempatan yang terbatas ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman... begini kisahnya... pada awal usia 30an, saya sakit... penyakitnya tak dapat nak kesan dengan rawatan moden (klinik/hospital), saya kerap demam terutama menjelang senja, demamnya bermula dari sejuk tapak kaki, badan terasa hangat pijau, tidur tak lena, bermimpi yang bukan-bukan (mimpi ngeri saja), selera makan tak ada, cepat nak marah, berat badan nak mula susut, berat untuk beribadah... sehinggalah pada suatu hari (awal tahun 90an), saya berkenalan dan terus berguru dengan seorang alim, A.F Ustaz Mustafa Alaiyin, beliau adalah seorang sufi yang warak, teringat lagi kata-katanya: anta kena berubat.. anta sakit.. sedangkan saya tak pernah cerita tentang derita sakit yang saya alami.. mungkin firasat atau saya pun tak tahu macam mana dia boleh tahu. Orang pertama mengubat/merawat penyakit saya ialah A.F Ustaz Mustafa.

Pengalaman kedua; sekali lagi saya terkena gangguan sihir ialah pada tahun 1995, kali ini saya mendapat rawatan daripada anak murid Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, antara mereka ialah Ustaz Mazlan b. Mat Jai, A.F Ustaz Che Leh, Dato' Dr. Amaran Kasimin, A.F Ustaz Rashid, A.F Ustaz Mokhtar b. Kassan dan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sendiri.... berkat doa mereka penyakit saya beransur-ansur sembuh.

Syukur Alhamdulillah... sekarang saya sihat... dan boleh bantu orang lain, saya dan isteri telah menjadi salah seorang anak murid Tuan Guru Dr. Haron Din, setelah mengalami pahit manis liku-liku kehidupan, dulu saya pernah disihir sekarang saya boleh merawat orang yang terkena sihir atau gangguan. Itulah... disebalik bala atau musyibah itu ada hikmatnya.

Semuga pengalaman ini dapat dikongsi bersama dan semuga ada manfaatnya, bukan untuk di tunjul-tunjul, jauh sekali untuk diriak-riak, inilah secebis kisah yang pernah saya alami.

Kepada A.F Tuan Guru Dato' Dr. Haron, semuga Allah S.W.T yang dapat membalasnya, kepada perawat-perawat yang telah bersusah payah merawat saya dan keluarga semuga Allah S.W.T yang membalasnya, mereka-mereka ini bukan saja merawat bahkan menjadi guru saya, kepada A.F Ustaz Mokhtar b. Kassan yang telah menurunkan ilmu merawat santau, A.F Ustaz Hj. Abdul Rashid menurunkan ilmu merawat resdung dan kepada guru-guru saya di Darussyifa' Bandar Baru Bangi dan di Ipoh Dato' Syeikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Almarhum Ustaz Roslan b. Saharom, A.F Ustaz Hj. Che Leh b. Che Ali, Ustaz Mohd Najib, (Setiausaha d/syifa' cawangan Ipoh) dan sahabat-sahabat seperguruan A.F Ustaz Mokhti b. Hj. Uri, Ustaz Hj. Mohamad (Kg.Gelung Pepuyu) dan ramai-ramai lagi yang saya tak dapat nyatakan di sini semuga kalian berada dalam rahmat dan kasih Allah S.W.T, semuga amal bakti tuan mendapat keredhaanNya.

Sekian, terima kasih.

Hj.Raja Ahmad bin Raja Ali
Taman Desa Tambun,
Ipoh, Perak D.R

Tel : 05-5487615 (R)
019- 5408217

*Doa saya semoga Tn Haji sekeluarga berada dalam keadaan sihat-sihat selalu dan mendapat pimpinan dari Allah Taala.

p/s : kepada yang ingin berkongsi pengalaman boleh la di emailkan kepada saya di sahabatgua@gmail.com semoga pengalaman dan kisah sahabat-sahabat kalian dapat menjadi iktibar dan pedoman pada saudara2 yang lain.

Tuesday, April 20, 2010

Dalam sedar tak sedar..

Berkata ibnu ’Athaillah:

”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya) : ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”

Friday, April 16, 2010

Kursus Terkini 2010

Semak kursus perubatan islam terkini bulan 4 dan 5 2010

di http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/

Monday, April 5, 2010

Forum BicaraQalbu.com


Assalamualaikum wbth

Kepada sahabat-sahabat yang ingin bersantai di Forum yang di gerakkan oleh TIAF boleh ke bicaraqalbu.com. InsyaALlah semoga manfaat bersama.

Thursday, March 25, 2010

Thursday, February 11, 2010

Terapi Spiritual : Peringatan Bagi Mereka Yang Terpedaya

Fudhail ibn Iyadh ra berkata, ”Saat sebelum subuh, rambut para sahabat Nabi saw, biasanya nampak penuh berdebu, kerana mereka menjalani malamnya dengan sujud dan berdiri (Shalat sepanjang malam). Jika mengingat Allah swt, tubuh mereka bergoyang bagai pohon dihari berangin kencang. Air mata mereka mengalir hingga membasahi baju, bahkan nampak seperti sisa air wudhu. Namun, saat waktu subuh hampir tiba,mereka segera meminyaki wajah dan mencelak mata mereka, sehingga nampak seperti penidur lalai yang baru bangun dari tidurnya sepanjang malam.”

Imam Abu Bakr Ash Shiddiq ra. Berkata, ”Barangsiapa mampu menangis, menangislah!. Dan yang tidak mampu, berusahalah menangis!”.

Setiap malam, seorang putri tetangga Manshur ibn Al-Mutamar ra selalu melihat Manshur berdiri di atap rumahnya. Hanya saja, si puteri tetangga ini mengira Manshur sebagai tiang, kerana Manshur selalu lama berdiri tegak disana. Saat Manshur wafat, si puteri tetangga bertanya kepada keluarga Manshur, ”Kemana tiang yang setiap malam ku lihat berdiri tegak di atap rumah kalian?”. Mereka menjawab, ”ia telah menghadap Tuhannya Yang MahaTinggi nan MahaAgung.” Si putri tetangga bertanya heran,. ”Bagaimana boleh berlaku seperti itu?.” Mereka menjawab, ”Sebenarnya, di atap rumah kami tidak ada tiang. Yang setiap malam engkau lihat berdiri tegak di sana adalah Manshur.” Setiap kali menceritakan kisah ini, Imam Ahmad ibn Hanbal ra selalu menangis hingga janggutnya basah.

Wednesday, February 10, 2010

Terkini : KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA

KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA

Pada : 13hb MAC 2010 DAN 14hb MAC 2010

Tempat : DEWAN MASJID AT TAKWA, MIRI, SARAWAK

Fasilitator : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

lanjutan

Tuesday, February 9, 2010

5 Kursus Rawatan pada bulan Feb 2010

InsyaAllah 5 kursus Perubatan Islam bakal di jalankan sekitar bulan Feb 2010.
Sama-samalah ambil dan beroleh manfaat.

sila lihat di Kursus Terkini

TERKINI : KURSUS MERAWAT GANGGUAN JIN AKIBAT SAKA & SIHIR


TERKINI : KURSUS MERAWAT GANGGUAN JIN AKIBAT SAKA & SIHIR


Temerloh- 27 Februari 2010

Tarikh :
27 Februari 2010 / Sabtu

Tempat :
SRA Al Mukmin Temerloh (sebelah Pasaraya Cowboy)

Masa :
9.00 pg - 5.00 ptg

Penceramah :
Ust.Syeikh Hanafi Rahman Fesfaanji

Yuran :
RM120.00 (dibayar semasa hari kursus)

Cara Daftar :
Sila SMS kan nama anda, no KP dan HADIR
ke no 019-6666004 sebelum 25 Feb.2010

Sijil/buku/fail/makan t.hari disediakan penganjur

TERBUKA kepada semua

lanjutan

Friday, February 5, 2010

Terkini - Kursus Bekam Sunnah. - Anjuran TIAF

Kursus Bekam Sunnah.

Tajuk : Bekam (Al-Hijamah) - Satu Ikhtiar dalam masalah Jasmani dan Rohani

Tarikh : 28hb Mac 2010 (Ahad)

Tempat : Dewan Kuliah Masjid Al-Azim (setakat ini)

Peserta : Terhad 50 orang (25 pasangan - untuk praktikal)

Yuran : RM100

Perlu dibawa : Set alatan bekam (Sama ada sendiri atau beli dari saya)


Untuk mendaftar kursus bekam, sila sms (nama) jarak (no.K/P) jarak (Kursus Bekam).

Untuk mendaftar kursus bekam dan tempahan alat,
sms (nama) jarak (no K/P) jarak (Kursus Bekam) jarak (alat bekam yang diinginkan, contoh; pen bekam & lancet).

Sijil akan disediakan.

Sms pada 019-6727626 (Pn Fadillah)

Tuesday, February 2, 2010

Seminar Rawatan Islam Al-fadhil Ustaz Sharhan Shafie; Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan

Seminar Rawatan Islam
SINAR ZAMDURRANI

Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie

Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan
20hb Feb 2010
Annexe Resort Kuantan
Untuk daftar sila sms atau
pertanyaan lanjut boleh hubungi

En. Helmi 0176955909
atau
Cikgu Nuar 0179779070

berita lanjut blog cikgu nuar

Friday, January 22, 2010

Pertukaran Lokasi Kursus Anjuran TIAF

Alamatnya seperti berikut : Harap Maklum
Kursus Rawatan Sihir oleh TIAF 31 Januari 2010

Dewan Kuliah,
Kompleks Masjid Negeri Al-Azim Melaka,
Km 3, Bukit Palah,
75150 Melaka.


Selamat Berkursus.

Friday, January 15, 2010

DVD Kursus Refleksology(TIAF)

DVD Kursus Refleksology(TIAF)

Seperti yg tertera di blog R&D

DVD Refleksology(TIAF) sudah terbit !!


Segala pertanyaan berkenaan DVD ini bolehlah hubungi Ustaz Wan Asrol(TIAF)(6jam.ceramah.dijadikan..1..dvd)Byk RAHSIA perubatan dalam DVD ini....

Antaranya RAHSIA:
1) Ruqyah Syariah
2) Doa Nurun Nubuwwah
3) Amalan Ayat 7
4) Bismillah 9
5) Amalan ayat penggerak

Thursday, January 14, 2010

KELAS TAFAQUH ILAJ BAGI TAHUN 2010 (Januari)-Bagi Kumpulan ke-2

KELAS TAFAQUH ILAJ BAGI TAHUN 2010 (Januari)-Bagi Kumpulan ke-2,

Pengijazahan ayat-ayat perubatan Akan di adakan pd 30 & 31 Januari 2010
Keutamaan kepada peserta yang menyertai kursus/kuliah Al-Fadhil Us. Sharhan Shafie (Selama 2 Hari),

Penyertaan terhad seramai 40 orang (akan bermula pd Pkl 9.30pagi hingga pkl4.00ptg)
Sijil Khusus Tafaquh Ilaj disertakan dan cenderahati dari Team At-Thobibi

Untuk maklumat Penyertaan :
Hubungi kami 017-6955909/017-6499818
Harap Maklum-TK


di petik dari http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/

Wednesday, January 13, 2010

PERLU BACA - DARI PAKAR PERUBATAN ISLAM

"Jari-jari kaki mangsa akan sentiasa berada dalam rasa seolah-olah dibelenggu tali atau tajam berduri lebih-lebih lagi setelah beberapa lama berjalan di luar rumah. Sentiasa merasai ada pergerakan-pergerakan halus luar kawalan di bahagian-bahagian dalam tulang punggung. Tenaga kelelakian juga menjadi lemah melainkan setelah agak lama di belai-belai oleh tangan isteri." sebahagian petikan yang di petik dari muzakarah tersebut

Papers from Muzakarah Pakar ready for download

12 January 2010

Jabatan Mufti Selangor, Malaysia with the cooperation from PISANG organised a seminar "Muzakarah Pakar: Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis" on 16 December 2009. Two papers in Malay were presented at the seminar:

  • Sihir: Kesannya Kepada 'Aqidah dan Bagaimana Mengatasinya by Dato' Dr Haron Din
  • Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis by Hanafi Rahman El Fesfanji

The papers are now available for download. To download the paper, right click here and select "Save Target As".


di petik dari laman http://www.pisang.org.uk

link download
http://www.pisang.org.uk/files/MuzakarahPakar.pdf

Sunday, January 3, 2010

TERKINI : Kursus rawatan Di Melaka

InsyaAllah kursus berkenaan SIHIR, Permasalahan dan cara mengatasinya akan berlangsung di Melaka yang di anjurkan oleh pihak TIAF. Pada yang berminat sila ke laman blog TIAF


Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan
Rawatan

Tarikh : 31hb Jan 2010 (Ahad)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : No 27 - 1, Jalan knmp 1, Kompleks Niaga Melaka Perdana,
75450, Bukit Katil, Melaka.

Jika jumlah peserta melebihi kapasiti dewan kursus yang sedia ada, InsyaALLAH akan ada pertukaran lokasi dan akan dimaklumkan.

Penyampai : TIAF

Yuran : RM120 (Umum)
- Termasuk Nota dan Jamuan.

Jumlah peserta : 40 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)


Objektif Kursus:

1) Mengembangkan Ilmu Rawatan berlandaskan Syariat Islam dikalangan
masyarakat.

2) Membincangkan permasalahan sihir.

3)Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani dan merawat permasalahan
sihir.

4)Mendedahkan perihal rahsia-rahsia pengamal sihir sebagai rujukan kepada
masyarakat umum.



Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam seminar sebagai perkongsian, InsyaALLAH:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah



2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal
sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.


InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam (mata scan), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya.

Juga dengan keizinan dariNYA, InsyaALLAH, akan diadakan pengijazahan:

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
2) 7 Salamun
3) Amalan Kerezekian Hayy (seperti yang telah diadakan di Kelantan)
4) Doa Nur


BLOG KURSUS / SEMINAR RAWATAN ISLAM - MALAYSIA

Blog-Blog Perawat Perubatan Islam