Sempena Festival Skudai 2012
Masjid Abidin Taman Sri Skudai Johor Baharu
13. 7. 2012 (Jumaat) hingga 15.7.2012 (ahad)
10:00 pagi - 6:00 petang
Bayaran Ikhlas hati
Datanglah beramai-ramai!
| Masjid Al-Irsyad USJ1, Subang Jaya. |
![]() |
| click untuk besarkan image. |
Anda mahu jadi seorang perawat? Betul? Sudahkah anda fikirkan risikonya? Berani tanggung? Syabas!
Mari kita buat sedikit kira-kira sebelum anda meneruskan niat murni anda itu : )
Katakanlah dalam sehari anda merawat satu kes yang membabitkan sihir. Maksudnya anda sudah pun menyakitkan hati satu jin/ banyak jin, dan seorang pengamal ilmu sihir. Mereka tentunya marah kerana anda mencampuri urusan mereka, apatah lagi jika anda berjaya menggagalkan kerja-kerja mereka. Oleh itu, mereka akan mencari ruang untuk ‘mengenakan’ anda sebagai membalas dendam.
Sehari, seorang pengamal sihir jadi musuh anda. Kalau seminggu? 5-6 orang. Sebulan? Setahun? Sudah berapa ramai pengamal sihir yang tidak puas hati dengan anda, dan mereka akan membalas dendam jika berpeluang? Bukan diri anda sahaja, tetapi keluarga dan harta-benda anda menjadi sasaran mereka. Musuh anda ratusan. Campur dengan jin-jin, mungkin puluhan ribu. Padahal anda berseorangan. Mampukah anda (dan isi rumah anda) berhadapan, ataupun sekurang-kurangnya bertahan dengan mereka semua?
Apabila kita mula memikul tugas sebagai seorang perawat, ertinya kita sedang mengumpulkan musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia. Semakin hari semakin banyak.
Apa macam?
Masih bercita-cita untuk masuk ke gelanggang?
Fikir-fikir dulu...
Tapi...
Kalau anda tidak jadi seorang perawat pun, anda tetap jadi sasaran para jin dan syaitan juga. Tidak mustahil juga anda ataupun ahli keluarga anda ada/ akan terkena sihir. Bezanya, anda tidak ada ilmu untuk menentang jin dan sihir itu. Teruk juga situasinya ye tak?
Dengan itu, jadi perawat pun berisiko tinggi, tak jadi perawat pun berisiko tinggi. Samalah halnya dengan nasib warga Palestin di Gaza sekarang. Jadi pejuang pun anda akan dimusuhi dan mahu dibunuh tentera Zionis, tak jadi pejuang pun anda dimusuhi dan mahu dibunuh oleh tentera Zionis. Mana satu pilihan anda?
Teringat kata-kata Ustaz Majid (Akrine) dalam Kursus Intensif Rawatan Islam. Katanya banyak perawat yang mengaktifkan diri mereka sebagai perawat, dapat bertahan sekitar dua tahun sahaja. Selepas dugaan demi dugaan mendatang, mereka mula kurang aktif, dan akhirnya terus senyap.
Tulisan ini bukanlah bertujuan melemahkan semangat bakal-bakal perawat, cuma ada baiknya kita menilai kesediaan diri (dan keluarga, jika sudah berumahtangga) sebelum terjun ke dunia rawatan. Sekiranya berasa kurang mampu, belajarlah sekurang-kurangnya sebagai benteng pertahanan untuk diri dan keluarga.
Abu Zulfiqar
1 September 2010
note : bagi saya bagus artikel ni, apa pun sebagai ikhtiar pastikan kita ada senjata untuk pertahankan keluarga
di petik dari laman http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/09/benarkah-anda-mahu-jadi-perawat.html

Wanita mudah kerasukan kerana biasanya emosi/ roh wanita lemah sikit berbanding lelaki. Jadi apabila si jin mengacau sikit mana-mana bahagian otaknya/ pemikirannya, dia cepat meracau. Emosi wanita sukar diramal. Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy yang kena dan tak tahan emosinya.lanjutan di blog http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/10/mengapa-wanita-yang-selalu-dirasuk.html
..So..kepada perawat2 sekelian...buek setakat yang mampu...itu yang ALLAH dah lorongkan...mana kes yang sampai buek setakat mampu...
..sepatutnya kita mengubat akan meningkatkan keimanan kita..kalau dah makin turun..sebaiknya di berhentikan...
"Dalam surah al-Fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit"

"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ." Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan."(HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya. " <------- paham rasanya hadis ni kan(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)
Oleh itu bagi mereka yang ingin membuat Post berkenaan dengan kursus/seminar/praktikal sila login laman ini dengan user dan password yang telah di buat untuk khas tujuan ini.
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dalam kerahasiaan.” (Q.s. A-A’raf. 55).
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. “(Q.s. Al-Mu’min: 60).
“Doa adalah inti ibadat.” (H.r. Tirmidzi, dari Anas bin Malik).
“Doa adalah kunci bagi setiap kebutuhan. Doa adalah tempat beristirahat bagi mereka yang membutuhkan, tempat berteduh bagi yang terhimpit, kelegaan bagi perindu.”
“Mereka menggenggamkan tangannya.” (Q.s. At Taubah: 67).
Ditafsirkan bahwa ayat ini bermakna,
“Mereka tidak mengangkat tangan mereka dengan terbuka untuk berdoa kepada Kami.”
