Monday, August 24, 2009

Kuliah Dhuha Tajuk kuliah: Selamatkan Dzuriat Kita - 'Aqidah, Syariat dan Akhlaq.

Tarikh: 4 Ramadhan 1430/ 25 Ogos 2009 (Selasa)

Masa: Kuliah Dhuha (bermula jam 10.30 pagi)

Lokasi: Masjid Negeri Shah Alam, Selangor

Tajuk kuliah: Selamatkan Dzuriat Kita - 'Aqidah, Syariat dan Akhlaq.



Pengenalan Ringkas - Syaikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.

Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.

Syaikh Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.

Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Darul Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Sering berulang alik dari Mesir - Asia Tenggara untuk memberi tarbiyah dan pengajian khususnya di bidang tasawwuf kepada Ahbab al-Hasani di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antara guru-guru beliau adalah:-

  • Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi
  • Kiyai Maemun Zuber
  • Al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
  • Al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
  • Al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
  • Al-Marhum Kiyai Syadzeli
  • Al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
  • Syaikh Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi
  • Syaikh Umar Hasyim
  • Al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
  • Al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim
  • Syaikh Ibrahim Al-Khuli
  • Dr Saad Jawis
  • Al-Marhum Syaikh Gad al Haq
  • Syaikh ‘Abdullah
  • Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir)
  • Dan ramai lagi ulama’


Selain dari mengajar, berdakwah, beliau juga aktif di dalam penulisan. Beliau telah menulis beberapa buah buku di dalam siri pengenalan ilmu tasawuf
http://pondokhabib. wordpress. com

Wednesday, August 19, 2009

DARUSSYIFA' di tutup sementara waktu !!

PENGUMUMAN PENTING


BAGI MENCEGAH WABAK PENYAKIT SELSEMA BABI (H1N1) DARIPADA MEREBAK DI KALANGAN ORANGRAMAI YANG MENGUNJUNGI KLINIK DARUSSYIFA';

MAKA DIMAKLUMKAN BAHAWA KLINIK DARUSSYIFA' DI SELURUH MALAYSIA DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU MULAI 12-OGOS-2009.

KLINIK DARUSSYIFA' DISELURUH MALAYSIA AKAN DIBUKA SEMULA BILA KEADAAN WABAK SELSEMA BABI SEMAKIN REDA.

BAGI YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI TERUS PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEPERTI YANG TERSENARAI DI RUANGAN KLINIK DARUSSYIFA' (ATAU KLIK DISINI)

=======================******=======================

sumber http://www.darussyifa.org/

Tuesday, August 4, 2009

Lagi Kursus Rawatan Terkini - Orang Pahang dan juga sekitarnya

SEMINAR & KLINIK RAWATAN ISLAM

SEMINAR RAWATAN ISLAM 2009
Tarikh : 16 Ogos 2009 ( Ahad )
Tempat : Masjid Abu Bakar Temerloh, Pahang.
Masa : 10.00 pg - 4.30 ptg
Pendaftaran : RM 70.00 ( Dibayar semasa hari program)
Cara Daftar : Sila SMS kan nama anda, no. kad pengenalan, "HADIR"
ke no berikut , 019-6666 004

Bahan : Kertas Kerja, Buku perubatan, makan t.hari dan sijil disediakan
Peserta : Terbuka kepada semua umat Islam (Terhad 70 orang sahaja)

Penceramah : Ybhg.Ust.Hanif Hj.Ghazali
(Mudir Madrasah Zubaidiyah Merbok, Kedah / Darussalam )

Tentatif : 9.30 pg : Pendaftaran peserta

10.00 pg : SESI 1 : "Menyingkap Misteri Alam Jin"




maklumat lanjut sila ke http://www.iqinsan.com atau
http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/

Kursus Terbaru : Latihan Rawatan Islam pada : 15 ogos-16 ogos 2009



Kursus terbaru : Latihan Rawatan Islam pada : 15 ogos-16 ogos 2009
penceramah oleh Syeikhul Maqari' Haji Othman Bin Hamzah


Kursus telah di SAHkan, akan berlangsung pada hari dan tarikh seperti di atas

Untuk maklumat lanjut sila ke http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/

BLOG KURSUS / SEMINAR RAWATAN ISLAM - MALAYSIA

Blog-Blog Perawat Perubatan Islam