Tuesday, December 22, 2009

TERKINI : Kursus Intensif Rawatan AKRINE

TERKINI : Kursus Intensif Rawatan 23-24 jan. 2010

Assalamu'alaikum.

Pihak Akrine akan menganjurkan kursus rawatan
pada 23-24 Jan. 2010
bertempat di Dewan Burhanuddin Helmi,
Kuang Selangor.

Anda yang berminat sila sms ke 019-7584801 dengan menyertakan nama penuh, samada pelatih baru atau bekas pelatih, lokasi dan bidang kerjaya.

selanjutnya di sini

Monday, December 21, 2009

TAHNIAH MIPA (AKRINE) !!!

TAHNIAH MIPA (AKRINE) kerana telah berjaya merealisasikan
perjumpaan para-para Perawat ucapan tahniah dari

blog http://perawat-islam.blogspot.com/

berita selanjutnya di blog Akrine

Monday, December 7, 2009

Kursus Rawatan Islam anjuran TIAF di Kelantan

Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan

Tarikh : 26hb Dec 2009 (Sabtu)

Masa : 9am - 5.30pm


Tempat : Dewan A, Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan
Lanjutan di sini terapi-alfatah.blogspot.com

Objektif Kursus:

1) Mengembangkan Ilmu Rawatan berlandaskan Syariat Islam dikalangan masyarakat.
2) Membincangkan permasalahan sihir. (Khususnya di kalangan masyarakat Pantai Timur)
3)Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani dan merawat permasalahan sihir.
4)Mendedahkan perihal rahsia-rahsia pengamal sihir sebagai rujukan kepada masyarakat umum.


Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam seminar sebagai perkongsian:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack)

2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal
sihir khususnya sekitar Pantai Timur.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.

InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam (mata scan), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya.

Thursday, December 3, 2009

Pengambilan Pelajar Halaqah Kedua Darul Hikmah Pahang

Kepada orang Pahang jangan lepas peluang untuk menambahkan ilmu perubatan anjuran Darul Hikmah Pahang. Sila berkunjung ke blog TAQ Pahang (Ustaz Hayat)

petikan dari blog TAQ Pahang: Blog

PENYERTAAN MASIH TERBUKA UNTUK BAKAL PERAWAT SELURUH PAHANG; HALAQAH KEDUA TAQ PAHANG....

WALAU SIAPA PUN ANDA, AYUH KITA MENYEMARAKKAN LAGI TAFAQQUH FID DIN TIDAK KIRA LATARBELAKANG AGAMA (USTAZ) ATAU TIDAK...

..pintu kami masih terbuka untuk anda yang budiman..... Saya berjanji akan mendidik anda bersungguh-sungguh sehingga menjadi perawat Islam (mualij) yang bertakwa dan murni bersih!!! (walaupun wajah ini masih kekotoran dengan noda dan dosa! Ampunkan Aku ya Allah!)

Sila-sila jangan segan silu untuk mendaftarkan diri pengambilan adalah terhad.

Wednesday, December 2, 2009

Cawangan Darus Syifa daerah Setiu & IPIS (bangi)

Alhamdulillah 2 lagi Cawangan Darus Syifa daerah Setiu dan IPIS bangi

Darus Syifa Setiu

Darus Syifa IPIS

BLOG KURSUS / SEMINAR RAWATAN ISLAM - MALAYSIA

Blog-Blog Perawat Perubatan Islam