Assalamualaikum
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain, seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tengah malam (bayi), kerap tersadung / jatuh, ketakutan anak yang sangat luar biasa, selalu menceritakan ternampak kelibat dan lain-lain yang anda rasakan satu kelainan.
Saya kongsikan cara mengesan gangguan pada anak-anak
1- Biar anak tidur dahulu
2- Siap-siapkan diri anda untuk membuat rawatan
Mandi bersih
Ambil wudu
Solat sunat
Berzikir
Kesemua di atas adalah untuk memastikan diri anda bersih dan juga meletakkan pergantungan diri anda pada Allah adalah 100%.
3- Duduk di sebelah kanan anak yang sedang tidur
4- Letakkan tangan di ubun2
5- Niatkan dalam hati anda mohon pada Allah untuk mengetahui sama ada anak anda ini ada gangguan atau tidak.
6- Baca surah Alfatihah, 3 Qul dan Ayat Qursi, dan di teruskan dengan selawat tanpa henti sehingga anda mendapat jawapan. InsyaAllah yakinlah ada jawapan.
Tanda-tanda gangguan semasa buat kaedah di atas pada anak
1- Ada anggota pada anak bergerak kuat / bergegar kebiasaan pada tangan dan kaki
2- ada perubahan pada wajah anak (berkerut).
3- Anak tetiba menangis
Tanda-tanda pada orang yang melakukan rawatan (Bapa)
1- Merasa berdebar-debar
2- Merasa seram sejuk (naik bulu roma)
3- Merasa sesak nafas
4- Merasa pening
Sekiranya tiada tanda-tanda gangguan dengan pasti..mohon syukur pada Allah dan silalah merujuk pada kaunseling / doktor untuk rawatan klinikal.
Cara rawatan
1- Guna air utk minum
2- Air untuk mandian
3- Di doakan pada anak sambil memegang ubun-ubun dengan membaca Alfatihah 11kali dan tutup dengan selawat. dan niatkan anak anda di beri kesembuhan oleh Allah.
InsyaAllah