Kaedah menambah air kepada Air Rawatan.
di ambil dari Forum Terapialquran.com - by Tn aa~jibaba
- Tambahan air Gunakan air mineral
- Bacakan Fatihah 1x, Ayat Kursi 1x, dan Selawat 3x. Sebaik-baiknya tambah dengan air Yasin yang dibaca secara berjemaah di surau atau mesjid.
- Masukkan air yang baru tadi ke dalam air rawatan yang tinggal separuh (Air rawatan menanti air yang baru). Ingat, seelok-eloknya air rawatan jangan dibiarkan tinggal kurang daripada separuh (1/2) bekas.
- Tutup bekas dan goncang supaya air tadi sebati.
- Simpan di tempat yang jauh daripada TV dan radio sebab air adalah bahan perakam terbaik bunyi dan doa.
Berapa kali tambahan?
Seelok-eloknya buat dua (2) kali tambahan sahaja ke atas air doa. Sebab itu adalah baik jika pesakit membawa air yang banyak apabila berjumpa dengan perawat.
Contohnya bawa 3 botol air mineral 5 liter (5000 ml) jika perawat tinggal jauh daripada pesakit.
Air untuk dibuat mandi tidak perlu guna air mineral. Cukup sekadar guna air paip atau air kolah mesjid, air hujan dsb. Untuk itu boleh digunakan bekas yang besar seperti baldi, atau pun bekas plastik bertutup 15 liter dsb.
Sekian semoga mendapat pencerahan dan sembuh dengan izin Allah. Amin ya Rabbal 'alamin.
0 comments:
Post a Comment