Pages
Thursday, September 30, 2010
Pengambilan Ahli Baru DarusSyifa sessi 2010/2011
UNTUK KUMPULAN KE-23 SESSI 2010/2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010
TARIKH TEMUDUGA: 27 & 28 NOVEMBER 2010
maklumat lanjut www.darussyifa.org
Thursday, September 23, 2010
Imbasan Kisah-Kisah Perawat 1
Wak : “Oh..pakcik SP ada pendamping tapi bagaimana kamu berdua boleh bertemu dengan Panglima?.”
Jin: “Kami wakil dari daerah ini pergi kesana kerana hendak mengiringi Puteri ke satu tempat yang agak jauh dari sini, sambungan di sini
Merawat Gadis Sakit di Kepalanya dari blog http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/08/merawat-gadis-sakit-di-kepalanya.html
Habis ayat-ayat Quran, ruqyah masuk ke bahagian ayat-ayat selain daripada Quran. Namun tidak ada sebarang petunjuk mengatakan gadis ini diganggu jin ataupun terkena sihir. Saya khuatir jika benar ada gangguan, mungkin pengganggunya jenis yang pandai bersembunyi. sambungan di sini
(tak silap saya kisah ini ada sambungan ke-2)
Kursus Terkini dan Terdekat bulan Oktober 2010
Seminar Pengajian Rawatan Islam di Sandakan, Sabah (9hb Oktober 2010)
Kursus TIAF
di Kuantan (Lanjutan) 9 & 10 Okt 2010
Darul Manzil (RIDAM)
Pengajian Bekam dan Urut badan di Sandakan, Sabah (10hb Oktober 2010) (disertakan petua DAN doa khas)
Darul Manzil (RIDAM)
Seminar Pengajian Rawatan Islam di Limbang, Sarawak (23 Oktober 2010)
Kursus TIAF di Bahagian Utara
Kursus Pengukuhan Rawatan 23 & 24 Okt 2010
Darul Manzil (RIDAM)
Seminar Pengajian Rawatan Islam di Kuching, Sarawak (30hb Oktober 2010)
Akrine
Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) 30-31 Okt. 2010 - Kuang Selangor
Kursus TIAF
di Johor Bahru (Lanjutan) 31 Okt 2010
Wednesday, September 22, 2010
Pelekat Kereta - Sahabat TIAF
Pemberitahuan
Friday, September 10, 2010
Ucapan
Wednesday, September 8, 2010
Kisah Bahana Sihir
.........tetapi setelah dipujuk akhirnya sy akur juga kerana mengenangkan rumahtangga sy yg masih mentah lagi.kisah selanjutnya sila ke sini
berjumpa dgn perawat ke2 ni, sy diberitahu bahawa istri sy terkena guna2 org..ada org yg gilakan isteri saya..katanya, setelah dimunajat, ada org yg menabur sesuatu di tempat kerja isteri sy, dan isteri sy slalu melangkah taburan tersebut membuatkn isteri sy lupa akan tanggungjawabnya..dan dia mencadangkan beberapa ikhtiar. bila sy melakukan ikhtiar yg dicadangkan dan memberi air yg ditawar oleh perawat tersebut, sy nmpk perubahan keatas isteri saya..dia pulang kerumah dan kami mesra bersama..sayangnya hal ini berlaku sementara shj. isteri sy tetap meminta cerai dari saya. malah lebih dasyat lagi pergaduhan antara kami......
Friday, September 3, 2010
Anda mahu jadi seorang perawat?
Anda mahu jadi seorang perawat? Betul? Sudahkah anda fikirkan risikonya? Berani tanggung? Syabas!
Mari kita buat sedikit kira-kira sebelum anda meneruskan niat murni anda itu : )
Katakanlah dalam sehari anda merawat satu kes yang membabitkan sihir. Maksudnya anda sudah pun menyakitkan hati satu jin/ banyak jin, dan seorang pengamal ilmu sihir. Mereka tentunya marah kerana anda mencampuri urusan mereka, apatah lagi jika anda berjaya menggagalkan kerja-kerja mereka. Oleh itu, mereka akan mencari ruang untuk ‘mengenakan’ anda sebagai membalas dendam.
Sehari, seorang pengamal sihir jadi musuh anda. Kalau seminggu? 5-6 orang. Sebulan? Setahun? Sudah berapa ramai pengamal sihir yang tidak puas hati dengan anda, dan mereka akan membalas dendam jika berpeluang? Bukan diri anda sahaja, tetapi keluarga dan harta-benda anda menjadi sasaran mereka. Musuh anda ratusan. Campur dengan jin-jin, mungkin puluhan ribu. Padahal anda berseorangan. Mampukah anda (dan isi rumah anda) berhadapan, ataupun sekurang-kurangnya bertahan dengan mereka semua?
Apabila kita mula memikul tugas sebagai seorang perawat, ertinya kita sedang mengumpulkan musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia. Semakin hari semakin banyak.
Apa macam?
Masih bercita-cita untuk masuk ke gelanggang?
Fikir-fikir dulu...
Tapi...
Kalau anda tidak jadi seorang perawat pun, anda tetap jadi sasaran para jin dan syaitan juga. Tidak mustahil juga anda ataupun ahli keluarga anda ada/ akan terkena sihir. Bezanya, anda tidak ada ilmu untuk menentang jin dan sihir itu. Teruk juga situasinya ye tak?
Dengan itu, jadi perawat pun berisiko tinggi, tak jadi perawat pun berisiko tinggi. Samalah halnya dengan nasib warga Palestin di Gaza sekarang. Jadi pejuang pun anda akan dimusuhi dan mahu dibunuh tentera Zionis, tak jadi pejuang pun anda dimusuhi dan mahu dibunuh oleh tentera Zionis. Mana satu pilihan anda?
Teringat kata-kata Ustaz Majid (Akrine) dalam Kursus Intensif Rawatan Islam. Katanya banyak perawat yang mengaktifkan diri mereka sebagai perawat, dapat bertahan sekitar dua tahun sahaja. Selepas dugaan demi dugaan mendatang, mereka mula kurang aktif, dan akhirnya terus senyap.
Tulisan ini bukanlah bertujuan melemahkan semangat bakal-bakal perawat, cuma ada baiknya kita menilai kesediaan diri (dan keluarga, jika sudah berumahtangga) sebelum terjun ke dunia rawatan. Sekiranya berasa kurang mampu, belajarlah sekurang-kurangnya sebagai benteng pertahanan untuk diri dan keluarga.
Abu Zulfiqar
1 September 2010
note : bagi saya bagus artikel ni, apa pun sebagai ikhtiar pastikan kita ada senjata untuk pertahankan keluarga
di petik dari laman http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/09/benarkah-anda-mahu-jadi-perawat.html